Sunday 11 November 2012

WAHAI ADAM, Jika benar kau kasih & cintakan HAWA :


•.♥• Bawalah dia ke jalan Allah
•.♥• Nasihatilah dia
•.♥• Perbetulkan kesilapannya
•.♥• Jagalah dia dgn baik
•.♥• Kasihanilah dia
•.♥• Lindungilah dia
•.♥• Berilah kasih syg padanya
•.♥• Hargailah dia
•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya
•.♥• Bersabar dengannya
•.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya
•.♥• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya

✿..Moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..Amin..

Thursday 8 November 2012

Renung-Renungkanlah.....

‎# Kisah Seorang Anak Di Dalam Rahim
Yang Di Gugurkan ..
Bulan 1: Bu , panjang adik cuma 2cm ,
tp adik sudah ada dalam
badan ibu .. Adik syg ibu , bunyi
degupan jantung ibu menjadi musik
terindah yang mnemani adik di sini ..
Bulan 2: Bu , adik dah boleh merasa
jari jemari , disini terasa hangat bu ,
nanti kalau adik dah keluar , ibu janji
nanti kita main sama2 ye ..
Bulan 3: Bu , biar pun adik blm tau
jenis jantina adik , tp apapun adik
harap ibu & ayah bahagia apabila adik
dilahirkan .. Jgn menangis ya bu ,
kalau ibu mnangis , adik juga ikut
menangis ..
Bulan 4: Bu .. rambut adik dah mula
tumbuh , adik dah boleh
menggerakan kepala ke kiri dan
kanan ..
Bulan 5: Bu .. tadi jumpa dokter ya ,
doktor cakap apa ..? Αpa benda D&E tu
bu .? Αdik tak kan di apa-apa kan ya
bu ..?
Bulan 6: Ibu jumpa dokter tu lagi ya ..?
Bu ,tolong bagi tau doktor tu , adik di
sini sihat-sihat je ..! Tapi kenapa
doktor tu masukkan benda tajam ..?
Benda tajam tu mula memotong
rambut adik , bu tlong adik , adik
takutt .. Benda tajam tu pula
memotong kaki adik , sakiittt bu ..
Walaupun adik dah tiada kaki , adik
msih ada tangan yg boleh memeluk
ibu .. Bu, kenapa benda itu skrg
memotong tangan adik , ibu tolong
adik .. Adik janji tak akan nakal-nakal
dengan ibu .. Tapi , biarpun adik sudah
tiada tangan dan kaki , adik masih ada
mata & telinga untuk melihat
senyuman ibu , mendengar suara ibu ,
tapi .. Benda itu skrg sdh mula
memotong memutuskan leher adik ,
ibuuuuuu .. Maaf bu .. Beri lah adik
kesempatan hidup , adik syg ibu , adik
teringin nak memeluk ibu ..
Bulan 7: Bu , adik di sini sihat-sihat je,
adik dah berjumpa dengan Tuhan di
Syurga , Tuhan telah mengembalikan
semua organ tubuh adik yang
dipotong benda tajam itu , Tuhan
telah menyuruh bidadari menjaga ,
memeluk , memegang tangan ,
menggendong adik dgn lembut , dan
lalu Tuhan membisikan memberi tahu
apa itu D&E .. Kenapa ibu tetap
melakukannya ..? Kenapa ibu tak nak
bermain dengan adik ..? Αpa salah
adik bu ..? Ibu bertaubat ya , semoga
Tuhan menempatkan ibu di sini ,
nanti kita main-main disini , dan
jangan lupa , ajak ayah juga ya bu .. ♥
* terlalu cepatkah seorang bayi yang
belum smpat di lahirkan ke dunia ini
mendapatkan perlakuan sekeji itu
dari ibu bapa kandungnya ..??? 

Tuesday 6 November 2012

Nukilan Dari Haty Terluka....


1/11/2012 8:27 PM
Dalam hidop nie mcm2 yg kitew sering fikirkan…..apew yg berlaku dan apew yg bakal berlaku…..
Aque????
Seorang hamba ALLAH yg hanye mampu bersedih, menangis, pasrah, tabah dan cube membahagiakan org lain sedangkan aque sendiri berduka…..layakkah aque sebagai hamba yg hanye mampu mendengar segala maki hamun dari insan yg aque telah anggap sebagai ‘SUAMI’ bg aque…..layak kew aque hanye seorg gadis yg mampu tangisi segala kepedihan yg terjadi disaat aque amat memerlukan dia…
Dia????
Seorang insan yg benar2 aque cintai dan aque sayangi sepenuh haty aque tapi kini telah menghampiri alam perkahwinan untuk kali ke-2 bg diri dia….aque sering menerima apew pun yg berlaku pada kami saat suka dan duka dengan penuh tabah…..dia telah berulang-ulang menguji kesabaran aque namun aque tetap menerima dia walaupun haty aque hancur seribu…..
Hubungan kami sangat unik bg aque tp semuanye hanye sementara…..aque telah merelakan diri aque untuk dia berlaku curang….pada awal perkenalan kami, aque memang hepy sangat-sangat sebab aque yakin dia dapat bahagiakan aque tp haty aque mula berkata bahawa dia xjujur pada aque….aque xyakin pada kata haty aque dan akhirnye dia mula jujur….tp kejujuran dia mula meratah haty aque perlahan-lahan…..aque tetap terima semua 2 sebab aque bahagia dengan dia….
Tapi kecurangan dia bukan hanye berakhir di situ…..dia kapel pulak dengan budak tanah merah tanpa pengetahuan aque….bilew dh kantoi dia mula mintak maaf dan terus ungkap perkataan 2…..aque masih maafkan dia dan masih menerima dia seadanye……bg aque semua 2 normal bg dia, seorang lelaki yg baru mencecah umur 20 tahun……
Untuk yg terakhir kalinye aque disakiti dan terus terluka, dia bagitahu aque yg family dia dh jumpe calon untuk dia yg konon-kononnye dia xkenal sedangkan dia asyik bercinta dengan si perampas yg tahu tentang aque dan dia….aque masih mengalah untuk kebahagiaan dia….aque iringi kebahagiaan dia dengan airmata aque….aque lafazkan segala marah aque pada dia tapi dia hanye bertindak seperti org yg xbersalah…..aque menderita kerana dia…aque sakit sebulan lebih kerana dia…..aque hilang berat badan kerana dia…..tapi aque bodah sebab masih mengharap pada cinta dia….aque masih tunggu dia sampai nafas terakhir aque….andai diberi kesempatan, aque nk sangat dia tahu yg aque sayang dia sangat2…….

Saturday 18 August 2012

Salam Cinta

Kamu adalah hal yang terindah
Bukan sekadar kata dan puji,,,
Inilah alam .....
Dan begitulah ALLAH menciptakan segala terkarunia,
Warisannya adalah otak yang berfikir...

Kamu adalah perilaku warisan surga
Dan kamu pelontar dari semua kajian cinta

Biarkan pipimu merona kemerahan
Karena senyummu adalah bentuk lain dari surga
Sedangkan tawamu mengikhlaskan bumi berputar.....

Monday 2 July 2012

Puisi Seorang Kekasih....

Aku menilai bukan dari keindahan paras rupa,
Tetapi dari ketulusan hati,
Aku jatuh cinta,
Bukan dari kemanisan tutur bicara,
Tetapi dari kejujuran kata-kata,
Hadir kamu dalam hidupku,
Ku hargai sepenuh jiwaku,
Asalkan kejujuran menjadi teras,
Pasti cinta kan teguh terpatri,
Aku sedar,
Bila tanpa dirimu,
Kurasakan dunia ini terhenti,
Lambat, kaku, dan tidak bernyawa,
Bagaikan otakku terhenti berfikir,
Apa????
Apa yang perlu aku lakukan, 
Tanpa kau disisi,
Rinduku,
Bagai membungkam ragaku,
Membuatku terhenti,
Untuk menghela sekali pun,
Jiwaku sesak dan kosong,
Mendengar suaramu,
Bagaikan terhenti nafasku,
Untukku dengar dan masuk terus ke jiwaku,
Agar tidak diganggu,
Agar aku tidak terlepas,
Dari mendengar setiap butir bicaramu,
Adakah kau rasa terhenti segala-galanya,
Bila sudah jatuh cinta.........

Puisi Heart 2 Heart....

Kita ibarat dua titis air 
Yang bertemu di tengah laut kehidupan.
        Kadang hujan yang nyaris memisahkan kita
        Tapi pada cinta kita berpegang,
Namun kini angin yang lembut
Telah datang membawaku,
        Ku berikan hatiku 
        Agar kau boleh melihat
        Bagaimana cinta menjagamu,
Sampai nanti kita bertemu lagi
Sebagai dua bintang di angkasa.....



Saturday 30 June 2012

20 Perkara Perempuan Tidak Suka @ Benci....

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-gerikekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau
nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya
pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula
sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih
mereka… macammana tu?

3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal
dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki
yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain
kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.
Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana
seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta
sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

4. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis
apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu
dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri
sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh
lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak
terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan
janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat
bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana
setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah.
Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap
sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari
adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda
berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak
menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa
juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah.
Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga
dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki
mereka membazirkan duit dengan merokok.

6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan
dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki
menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa
mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai
kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita.
Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan
yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang
mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya
mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah
berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki
kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat
berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama
kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,
mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar
tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

9. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa
perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun
sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak
salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga
cik abang!

10. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini
berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem.
Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi,
mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi
mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada
paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih
suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!

11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki
selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri
tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan
kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih…
egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh
diguna pakai.

12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan
perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang
berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika
berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.
Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24
jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya
kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan
dimanjakan.

13. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki
spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan
yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah
perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula
yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan
lelaki hilang pulak?!!

14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan
kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila
diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja
dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh
lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa
bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa
menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita
ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang
pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata.
Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama
berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan
badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa
segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum
lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka
lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka
tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita.
Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan.
Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak
ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu
mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah,
jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman
wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama
kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah
pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai
bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih,
mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah
anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat
demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat
anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun
perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu
walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia
terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat
sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura
tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda
yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda
seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih
setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata
sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak
mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan
terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai
pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa
akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari
nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!
Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot!
Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem.
Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati
dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana
wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda
rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah
semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Picth yg Aque Edit Tapi Ayat Banyak Copy Paste....